![Web banner - 2 Dr ann image persona](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2021/01/Web-banner-2-scaled.jpg)
prOFIL
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/drann-.jpg)
DR FARRAH SHAFEERA @ ANN IBRAHIM
Persona Expert | Physiologist
PhD (Physiology)(Monash), MMedSc (Physiology)(UKM), BSc Biohealth(Hons)(Malaya)
Perunding Imej Profesional Bertauliah (CPIC, Malaysia)
Certified Dining Skills Consultant (CDSC, Malaysia)
Certified Advanced Personal Colour Analysis Training (Australia)
Dr Farrah Shafeera @ Ann Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Dr Annshafeera merupakan seorang Persona Expert yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau telah memperolehi pelbagai pengiktirafan profesional daripada dalam dan luar negara seperti Perunding Imej Profesional Bertauliah, Certified Dining Etiquette Consultant dan Certified Advanced Personal Colour Analysis Training.
Beliau telah membantu mentransformasi imej ribuan golongan profesional, korporat dan usahawan. Bergelar seorang pensyarah kanan sepenuh masa di UiTM dalam bidang Fisiologi tidak menghalang beliau untuk komited memberikan sentuhan ajaib dalam membina persona dan jenama diri buat klien beliau dari pelbagai latar belakang di rantau ini.
Beliau berpegang kepada prinsip, “Hard skills will lead to your dream job but your Image and Persona will allow you to climb the ladder of your profession”. Disebabkan inilah beliau mendalami ilmu imej dan etiket dan kini komited berkongsi bagaimana untuk tampil profesional dan membina kredibiliti. Beliau percaya setiap individu perlu menguasai etiket dan mempamerkan imej yang baik untuk lebih berjaya dalam bidang yang diceburi.
Beliau juga merupakan antara speaker utama dalam Seminar Now Everyone Can Speak (NECS) yang dikenali seminar komunikasi terbesar di Malaysia semenjak 2013. Beliau turut aktif berkongsi pengalaman di universiti-universiti serta sektor kerajaan dan korporat dalam dan luar negara. Memiliki pengalaman yang luas, ditambah dengan minat mendalam dalam bidang persona, imej dan etiket, Dr. Annshafeera kini dikenali sebagai Persona Expert yang cukup versatil dan memiliki kredibiliti tersendiri.
Tips Infografik
Tips dan perkongsian mengenai persona dan imej untuk Lelaki
Tips dan perkongsian mengenai persona dan imej untuk Wanita
Tips dan perkongsian mengenai Etiket
tips Video
Testimoni
Artikel Terkini
Penampilan Diri – Tips Pemilihan Warna Pakaian
Penampilan diri merupakan aset yang tidak ternilai bagi seseorang. Ianya mampu memberikan impak positif dalam urusan seharian. Ini kerana penampilan yang menawan mampu mengubah situasi dalam keadaan tertentu. Selain itu, penampilan yang baik juga dapat menaikkan...
Penampilan Diri – Masih Relevankah di Abad 21 ?
Dalam kita menuju ke arah dunia digital, ramai yang mempertikaikan tentang etika pemakaian dan penampilan diri terutamanya di alam pekerjaan. Tapi tahukah anda bahawa imej profesional akan kekal penting walau anda dalam abad mana sekali pun! Bagi mereka yang lahir...
Langkah Mudah untuk 4 Simpulan Ikatan Tie
Tali leher ialah aksesori yang boleh membuatkan jenis pakaian "Smart Casual" nampak lebih kemas. Ia akan membawa anda ke tahap yang tinggi dalam industri fesyen sama ada anda memakainya dengan sut penuh atau hanya berkemeja sahaja. Ini kerana sesetengah pekerjaan...
koleksi gambar
Demo pemilihan warna foundation, powder, eye shadow, blusher dan lipstick yang bersesuaian dengan tona warna kulit.
Dr Ann sedang melakukan diagnosis DNA warna menggunakan Absolute Colour System bersama klien – DNA Color Clinic
Dr Ann sedang memberikan penerangan dan demo di dalam sesi Dining & Business Etiquette Premium Coaching
Kata Kata Hikmah
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/Jam-tangan-sangat-penting.jpeg)
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/climb-ladder.jpeg)
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/clothing-yourself.jpeg)
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/pemilihan-warna.jpeg)
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/stail-feyen.jpg)
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/Cell-react-on-your-mind.jpeg)
Media Sosial