Assalamualaikum dan salam sejahtera. salam kecerian dan kebahgian dari saya. Apa khabar? hari ini saya nak berkongsi tentang satu topik yang sangat penting dikala pandemik ini. Saya sebagai seorang pendidik kini perlu melaluinya dan menjadikan ia satu yang normal. Tajuk artikel hari ini ialah komponen visual membina keercayaan atas talian atau bahasa mudahnya bagaimana kita nak menampilkan diri kita pada kadar atau aras yang terbaik walaupun hanya di depan cam atau webcam anda ketika kelas online mahupun meeting online. Jom, Selamat membaca!

Teman-teman, sekarang semua online kan. Mesyuarat, kuliah, tutorial, defend research proposal, viva, enhancement class dan banyak lagi. Selain itu ramai juga yang mengambil peluang buat sesi live untuk berinteraksi dengan pelanggan dan staf di pejabat.

Sebenarnya ada 2 komponen visual asas untuk membina kepercayaan menggunakan platform di atas talian :

1. Pamerkan wajah

Penting untuk kita pamerkan paparan wajah kita terutama kita sebagai ahli mesyuarat iaitu bukan hos. Jadi ON camera anda. Bila berbicara orang hanya mahu bercakap dengan manusia. Menampakkan MUKA tanda kita hadir dan ADA mendengar apa yang disampaikan. Ia juga tanda anda BENAR. Individu yang benar adalah mereka yang BERKEYAKINAN. Ini akan meningkatkan KEPERCAYAAN bos, peserta atau pelanggan.

BACA JUGA: 4 Tips memilih Kameja lelaki dengan betul

Bagaimana cara yang betul untuk pastikan kita membeli saiz kameja yang betul? dalam artikel dijelaskan menggunakan 4 cara. Jemput baca

2. Tunjukkan tapak tangan

Bagaimana cara untuk menunjukkan tapak tangan? Caranya ialah dengan meletakkan pergelangan tangan anda di meja. Jika bukan sepanjang masa pun, sekali sekalakan di sepanjang sesi. Ia memberi maksud anda di pihak BENAR, tiada niat tersembunyai dan boleh DIPERCAYAI. Menunjukkan tapak tangan juga membawa maksud anda mengalu-alukan sesi tersebut.

Jadi dengan mengambil kira 2 faktor visual yang dinyatakan, elakkan terlalu rapat dengan kamera. Jauhkan sedikit kedudukan camera dengan anda untuk menampakkan frame potret atau landskap yang boleh merakam wajah dan tangan anda dengan jelas.

Kerana prinsipnya ialah kita suka berurusan dengan orang yang kita percaya.

Semoga bermanfaat dan terima kasih. Berjumpa lagi di artikel yang lain.