Hari ini suka untuk saya kongsikan tips pemilihan saiz kameja lelaki.
Membeli baju ‘on the shelf’ atau readymade ini sebenarnya mencabar. Yang paling baik adalah kemeja yang di tempah khas mengikut ukuran saiz badan kita. Ini kerana setiap individu mempunyai saiz bentuk badan yang unik.
Namun begitu 4 langkah ini di harap dapat membantu anda atau pasangan anda memilih baju kemeja. Jom kita mulakan.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/4-tips-memilih-saiz-kameja-lelaki-1024x1024.jpeg)
1 – BUTANG
Baju kameja pada asasnya mempunyai butang dan untuk membeli baju kameja dengan saiz yang tepat, pastikan baju kameja tersebut boleh dibutangkan sehingga yang paling atas. Jadi maksudnya, untuk pilih baju, sebaiknya ia perlu dicuba.
Jika tidak boleh dibutang, maka saiz baju tersebut tidak sesuai dengan anda.
2 – KOLAR
Jika boleh dibutang, masukkan pula dua jari anda pada lubang leher atau kolar untuk ukur ruang keselesaan. Jika jari dapat dimasukkan dan berasa selesa selepas dua jari dimasukkan, ia bermaksud saiz baju kameja itu tepat dan sesuai untuk miliki.
3 – BAHU
Untuk bahu pula, pastikan apabila mencuba baju kameja, dibahagian bahu hendaklah selesa. Caranya adalah dengan mengangkat tangan anda ke atas.
Jika bahagian bahu itu tidak ketat dan tidak terangkat maka itulah saiz baju yang sesuai untuk anda.
4 – LENGAN BAJU
Ini juga bahagian yang penting. Apabila memilih baju kameja, cuba berdiri tegak dan luruskan tangan. Kemudian perhatikan panjang tangan baju. Sepatutnya hujung lengan baju berada betul-betul pada paras pergelangan tangan.
Tidak boleh terlalu panjang sehingga terlebih menyentuh belakang tapak tangan atau terlalu pendek sehingga tidak kelihatan apabila mengenakan blazer. Ini kerana jika anda mengenakan blazer, lengan kemeja sebaiknya kelihatan 1/3 terkeluar daripada blazer anda.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/kameja-2-819x1024.jpg)
BACA ARTIKEL INI JUGA: Panduan memilih stokin untuk lelaki
Jangan pakai stokin berwarna warni kerana ia akan menjadi menjatuhkan kredibiliti anda. Baca lanjut di artikel diatas ya.
Terima Kasih kerana membaca artikel saya ya. Kalau bermanfaat boleh kongsikan dengan yang lain ya supaya mereka juga dapat ilmu ini. Nak baca artikel lain? boleh rujuk dibawah ya. Terima Kasih