Hi semua. Apa khabar? Adakah Cikpuan selalu berbaju kurung ke tempat kerja? Hari ini tips berkaitan baju kurung khas untuk Cikpuan semua. Baju kurung boleh tampil profesional ke? Selamat membaca.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/baju-kurung-1-1024x1024.jpeg)
Baju kurung merupakan pakaian tradisi orang melayu yang sudah sinonim di Malaysia untuk dipakai ke tempat kerja, kenduri dan berhari raya. Bahkan ada bangsa lain juga mengenakan baju kurung untuk ke tempat kerja. Tapi, bagaimana nak tampilkan profesional dengan berbaju kurung?
1. Warna Fabrik
Dalam pemilihan baju kurung untuk tampil profesional, anda perlu lah memilih baju kurung yang tidak melebihi daripada 3 warna. Tona yang sama masih dikira 1 warna. Contohnya biru muda dan biru gelap. Ia dikira 1 warna iaitu biru. Ini penting kerana jika terlalu banyak warna di badan, cikpuan kelihatan meriah dan tidak profesional. Ini akan mengurangkan kredibiliti cikpuan.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/baju-kurung-2-1024x1024.jpeg)
2. Potongan
Seterusnya, untuk tampil profesional dengan berbaju kurung, anda perlulah mengenakan baju kurung yang mempunyai potongan yang tidak ketat membalut sehingga menjolok mata. Baju yang terletak elok di badan akan memberi intepretasi bahawa cikpuan serius menjalankan tugas dan menghormati institusi di mana cikpuan bertugas.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/baju-kurung-5-1024x1024.jpeg)
3. Tidak mengenakan Blazer
Untuk pengetahuan semua, baju kurung di Malaysia sebenarnya sudah dikira formal. Elakkan menyarungkan blazer di atas baju kurung kita. Ia adalah pertembungan budaya barat dan timur. Namun begitu sekiranya blazer dikenakan kerana kesejukan, ia dibenarkan jika tiada tetamu, pelanggan atau pelawat di pejabat. Namun jika ada majlis rasmi, mesyuarat, ada pelawat dan tetamu, mengenakan blazer bersama baju kurung adalah patut cikpuan elakkan.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/baju-kurung-6-1024x1024.jpeg)
Alhamdulillah semoga Cikpuan semua belajar sesuatu dari perkongsian saya ini dan semoga panduan ini bermanfaat.
Artikel berkaitan: