Hi, bertemu lagi dalam blog saya dan hari ini saya nak kongsikan artikel mengenai pewangi, haruman ataupun biasa di panggil perfume.
Perfume sudah menjadi aksesori atau benda yang wajib dikenakan setiap kali hendak keluar bekerja, berjalan mahupun berjumpa rakan-rakan. Tahukah anda cara yang betul untuk menggunakan pewangi atau haruman perfume ini? Dalam artikel ini saya akan terangkan 5 Koordinat atau lokasi tubuh untuk kita sapukan pewangi atau haruman supaya ia kekal lebih lama. Jom kita mulakan!
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/perfume-1-1024x682.jpg)
5 lokasi atau koordinat tubuh untuk kita semburkan wangian perfume kita adalah di Leher, Dada, Pelipat Tangan, Pergelangan Tangan & Belakang lutut.
Tempat ini sesuai kerana antaranya ialah dibahagian nadi. Bahagian-bahagian ini cenderung menghasilkan suhu lebih tinggi yang membantu menyebarkan aroma perfume atau wangian ke seluruh tubuh dengan lebih baik.
Ada satu kajian menyatakan wangian atau haruman akan kekal lebih lama apabila disembur di kulit yang berminyak berbanding kulit yang kering. Kulit anda berminyak atau kering?
‘Alamak kulit saya jenis kering, macam mana tu Dr‘. Untuk aplikasikan manfaat kajian ini walaupun anda berkulit kering, anda boleh dan digalakkan untuk memakai lembapan yang tidak berbau ke atas lapisan kulit sebelum semburan haruman perfume kita. Insya Allah ia membantu bau haruman perfume anda melekat dan tahan lebih lama.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/perfume-2-1024x682.jpg)
‘Jika sembur dipergelangan tangan, dibahagian nadi, perlu ke kita gosok gosokkan ia?’
Menurut Pengurus Negara PT. Luxasia Indonesia selaku pengedar produk minyak wangi Salvatore Ferragamo, Nessy Wisesa Meghayani beliau kata..
“Menggosok permukaan kulit setelah menyembur perfume akan membuatkan wangiannya cepat hilang dan tak tahan lama,” kata Nessy.
Aktiviti menggosok selepas menyembur ini akan membuatkan molekul pada cairan minyak wangi pecah dan bau dan wangian tidak akan dapat kekal dengan lebih lama.
‘Sembur minyak wangi ini sesuai sebelum pakai baju atau selepas Dr‘
Ok, untuk soalan ini, apa yang anda patut lakukan ialah memakai perfume atau haruman sebelum memakai baju. Ini kerana semburan ke kulit atau anggota badan akan bertindak balas dengan suhu badan manusia. Suhu badan akan mengaktifkan secara semulajadi bau haruman atau perfume tersebut dan membantu untuk ia kekal lebih lama berbanding semburan terus ke baju anda.
BACA JUGA: Tips Pemilihan Kasut Wanita
Dalam artikel ini, anda akan belajar tentang cara memilih kasut wanita untuk setting professional dari segi ketinggan tumit dan juga kelebaran dan sebagainya.
Nak tahu banyak lagi info dan tips dalam imej dan persona, boleh ikuti saya di social media. Tekan pada gambar atau scan QR Code. Terima Kasih