Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali di dalam blog saya. Terima Kasih yang sudi membaca artikel saya kali ini. Ya, hari ini topik nya fokus untuk para wanita dan lebih spesifik ialah ‘gincu’ dan semoga ianya membantu anda semua. Selamat membaca.
“Gincu ni cantik tak dengan I“, kita tanya suami sambil mata terkebil-kebil..
Selalu tak kita tanya tuan suami soalan ni ? 👆🏻 Ataupun soalan ni..
” Yang ni ke yang tadi lagi ok? “
Kita seolah olah tak sure apkah warna gincu yang terbaik untuk kita. Sebenarnya warna gincu yang terbaik adalah yang sesuai dengan tona warna kulit. Apakah dia, nanti saya akan kongsikan dalam artikel yang seterusnya.
Hari ni saya nak share apakah tips agar gincu yang dioleskan kekal lama. Ada 5 langkah yang anda boleh ikuti dan amalkan selepas ini ya.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2021/03/gincu.jpg)
1. PREP BIBIR
Gincu sering kelihatan tidak sekata kalau bibir kita kering. Jadi kita boleh exfoliate sel-sel mati di bibir terlebih dahulu agar bibir menjadi seperti canvas yang rata dan licin. Boleh cuba menggunakan lip scrub atau pelembap.
2. SAPUKAN LIP LINER
Pilih lip liner yang sama warna dengan gincu atau warna bibir. Ia akan kelihatan natural. Pastikan ia tajam (dry & sharp) agar garisan yang diukir kemas mengikut bentuk bibir.
3. SAPUKAN GINCU
Oleskan gincu kesukaan. Menggunakan berus bibir adalah bonus kerana warna gincu akan masuk di celah-celah bibir dan sapuan akan menjadi rata dan lebih tahan lama.
4. TETAP BIBIR DENGAN TISU
Untuk langkah yang ke empat ini, anda perlu tekapkan bibir menggunakan tisu secara perlahan.
5. SAPUKAN GINCU LAPISAN KEDUA
Ulang oles bagi lapisan ke dua. Jika tidak berpuas hati boleh ulang langkap tekap dan buat sapuan lapisan ketiga sehingga ia kelihatan kemas dan cantik.
Dengan teknik ini, sapuan gincu akan kekal lebih lam, cantik dan kemas.
Semoga bermanfaat dan artikel ini membantu anda mengetahui cara yang betul untuk memakai gincu. Jangan lupa ikuti saya di social media saya dengan scan QR kod atau tekan pada gambar
Anda mungkin meminati artikel-artikel saya yang lain: