Assalamualaikum dan selamat kembali ke blog saya. Hari ini saya nak berkongsi artikel khusus tentang imej profesional dan saya akan terangkan 3 kesalahan yang biasa dilakukan dan apa yang sepatutnya. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua yang membacanya. Jom baca!

SIZE TIE
Dalam pemakaian imej profesional, pemilihan tie sangat penting kerana ia antara yang paling ketara atau dominan sebab berada betul-betul di tengah anggota badan kita. Tie ini ada banyak saiz tuan-tuan. Untuk kelihatan profesional, tie yang betul adalah mengikut saiz ‘lapel‘. Apa itu ‘lapel‘ ? Lapel ialah kolar blazer anda. Saiz yang betul untuk tie adalah mengikut dibahagian atas sekali lapel blazer yang anda pakai. (rujuk gambar dibawah)

Anda akan kelihatan tidak profesional jika memakai skinny tie atau yang tidak sama saiz dengan lapel anda. Nak shooping tie lepas ni? Jangan lupa bawa blazer.
POTONGAN SELUAR
Potongan seluar memainkan peranan yang penting. untuk kelihatan profesional, anda perlu membuat potongan secara ‘Half Break‘ dan bukannya ‘Full break‘ mahupan ‘No break‘. Gaya potongan half break ialah dengan memastikan hanya ada satu lekukan atau satu patahan sahaja di hujung seluar dan ini ialah gaya potongan yang anda perlukan untuk kelihatan profesional. Jika Full Break pula ialah seluar yang mengeleber, terlalu banyak patahan atau lipatan manakala no break pula ialah seluar senteng atau dipotong terlalu pendek yang juga biasa di sebut anak muda sebagai seluar ‘Kpop’. Jom buat spotcheck seluar tuan-tuan dan pastikan potongannya ialah ‘Half Break‘ ya.

Baca Juga : Bagaimana untuk memilih warna & tona kameja lelaki dengan betul
WARNA STOKIN
Untuk pilihan stokin, rule dia senang sahaja. Anda perlu pastikan yang stokin pilihan anda adalah lebih gelap daripada seluar. Jika seluar anda berwarna kelabu cair, anda boleh memakai stokin berwarna kelabu gelap atau hitam. Dilarang sangat untuk pakai stokin yang berwarna-warni dalam etika pemakaian profesional. Faham ke faham?

Alhamdulillah semoga artikel ini memberi ilmu dan manfaat untuk anda dan jangan lupa amalkan ya. Insya Allah berjumpa kita di artikel yang seterusnya dengan topik yang menarik. Terima Kasih kerana membaca sehingga habis.
Jangan lupa ikuti saya di media sosial untuk lebih banyak tips dan perkongsian. Klik pada gambar atau Scan QR code. Terima Kasih