Hi dan Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak berkongsi tentang Tie atau bahasa melayu Tali Leher. Mungkin ada antara tuan-tuan biasa memakai tie ataupun pasangan anda memakai tie ke tempat kerja so semoga artikel ini bermanfaat dan anda belajar sesuatu yang baru.
APA YANG ADA PADA TIE / TALI LEHER
Pemakaian tali leher sangat sinonim dengan kameja atau pemakaian kemas dan profesional. Tie juga aksesori yang penting sebab ia jelas kelihatan kerana berada di tengah – tengah tubuh badan si pemakai.
Tie mempunyai banyak fabrik dan biasanya ia menggunakan ‘High Quality Natural Fabric’ seperti Silk Ties, Linen and Cotton, Woolen Ties, Knitted Ties dan sebagainya. Tali leher juga mempunyai corak yang pelbagai dari pilihan corak plain (kosong), polka dot (bintik bintik), stripes atau jalur. Tapi untuk kelihatan profesional pastinya pemilihan plain atau jalur yang nipis dan yang paling penting padanan (dari segi warna) bersama kameja dan suit yang memainkan peranan penting kerana pemilihan dan padanan warna ini akan menghantar mesej dan maksud yang berbeza. Insya Allah saya akan ulas mengenai warna di artikel lain.
Dibahagian belakang tie atau tali leher mempunyai ‘Stabilizing thread‘ atau tulang utama tali leher yang akan membentuk dan meluruskan tie. ‘Quality Certificate‘ ialah brand atau jenama tie itu dan digunakan juga untuk meletakkan lebihan ikatan tie dibahagian belakang supaya kelihatan lebih kemas. Yang terakhir ialah ‘Self Tipping’ dibahagian bawah belakang tie. Kebanyakan tie memang menggukan ‘Self Tipping’ untuk lipatan yang lebih kemas, mudah dan tidak terbuka.
SAIZ KELEBARAN TIE / TALI LEHER
Ada 3 saiz tie yang biasa tuan -tuan akan jumpa. Yang pertama adalah ukuran standard iaitu 3.25 ke 3.5 inch. Kemudian ialah Narrow iaitu pada kadang kelebaran 2.75 ke 3 inchi dan yang terakhir ialah Tie yang bersaiz ‘Skinny‘ yang sedikit nipis dengan kadar kelebaran antara 1.5 ke 2 inchi. Cara yang betul untuk tahu kelebaran tali leher yang bersesuaian adalah dengan mengikut kelebaran saiz bidang badan seseorang…yang kedua adalah sekiranya tuan-tuan mengenakan blazer atau suit ia di ukur dengan kelebaran lapel suit yang dipakai. Ini akan memberikan visual yang seimbang di badan sipemakai.
Panjang tie pula perlu sesuai dan jatuh tepat pada kepala tali pinggang tuan-tuan.
Baca Artikel tentang pemilihan Tie mengikut saiz ‘Lapel’ disini : 3 Kesalahan Imej Profesional
Untuk Tie atau tali leher jenis skinny tidak sesuai untuk etika pemakaian profesional, begitu juga dengan Tie yang bercorak besar dan berlebihan. So, anda boleh elakkan siap-siap ya.
Semoga anda dapat sesuatu dari perkongsian artikel saya ini. Insya Allah nak kupas tentang topik lain pula selepas ini. Jika ada persoalan boleh tinggalkan di ruangan komen dan jangan lupa ikuti saya di media sosial untuk input yang lebih banyak. Klik pada gambar atau scan QR code ya. Terima Kasih