Assalamuaikum semua pembaca blog saya. Saya nak berkongsi tentang stokin pula hari ini. Walaupun agak tersorok dibawah tapi ia juga perlu dititik beratkan. Saya nak tanya 1 soalan, bila last tuan-tuan beli stokin?
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/panduan-pemakaian-stoking-1024x1024.jpeg)
Atau bila last para isteri tukarkan stokin untuk tuan suami?
Orang lelaki ini kalau kita tak check, ada yang stokin sampai setahun tidak berganti kan. Stokin dicadangkan untuk ditukar 4-6 bulan sekali. Jika terlalu lama pasti ada yang berlubang dan getahnya longgar. Jadi pemakaiannya sudah kurang praktikal dan tidak sesuai.
Bila beli yang baru, langsung kita asingkan dari yang lama. Jika dibiarkan setempat kebarangkalian tuan-tuan pakai yang berlubang atau yang lama atau pun sebelah baru sebelah lama akan ada.
Saya sering pesan kepada klien dan peserta kursus terutama lelaki , pemakaian stokin perlu dititikberatkan ibarat kaum hawa dan tudungnya, begitulah lelaki dengan stokin nya. Ia mencerminkan keperibadian pemakai. Jika yang berada di kaki diberi perhatian, apatah lagi tugasan penting seharian. Setuju?
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/stokin-1-1024x682.jpg)
Ini panduan pemakaian stoking untuk business attire / formal
1. Warna stokin dipilih mengikut warna seluar, samaada sama atau lebih gelap daripada warna seluar.
Mesti ada yang bertanya kenapa begitu? Ini kerana jika tuan-tuan duduk, seluar pasti terangkat menampakkan stokin. Stokin berlainan warna akan memotong pandangan mata ke kaki. Sewarna akan mempamerkan pandangan senada dari seluar terus ke kasut.
2. Panjang stokin dalam ‘formal mode’ adalah sehingga betis. Bukan separas buku lali, bawah paras buku lali ataupun atas paras buku lali.
3. Ketebalannya lebih nipis berbanding stokin sukan. Stokin hendaklah tidak terlalu tebal kerana ia akan menyebabkan tidak selesa tapi jika terlalu nipis juga tidak sesuai.
Dalam kes khas seperti hari raya tuan-tuan kacak berbaju melayu, warna stokin boleh dipakai mengikut warna kasut. Jika kasut coklat, stokin nya coklat. Jika hitam, stokinnya hitam.
Bagi sahabat trainer yang memberi ceramah di masjid atau surau dan kasut perlu ditanggalkan maka elak stokin juga ditanggalkan. Kaki tanpa sarung akan mengurangkan kredibiliti penyampai. Tanggalkan stokin di masjid hanya ketika mahu mengambil wudhu sahaja.
BACA JUGA : Apa yang ada pada Tali Leher?
Semoga artikel tentang pemilihan dan etika berstokin ini bermanfaat untuk tuan-tuan yang membaca. Kalau kat rumah tuan-tuan banyak stokin yang berwarna – warni (which is no no) eloklah ditukar kepada warna yang lebih profesional seperti warna hitam, kelabu mahupun coklat. Apa pun pastikan ia sewarna dengan seluar atau lebih gelap dari seluar.
Terima Kasih dan semoga bermanfaat. Dapatkan lebih banyak tip di media sosial saya. Klik atau scan QR code di gambar bawah ya.