Assalamualaikum. Selamat bertemu kembali di artikel terbaru saya di blog ini. Kali ini saya nak kongsikan artikel berkaitan dengan masalah yang biasa dihadapi oleh wanita-wanita yang memakai kasut formal ke pejabat. Mereka selalu mengadu sakit kaki apabila memakai kasut tumit dan sebagainya ke tempat kerja. Jom kita mula dan selamat membaca.

Cakap pakai kasut ni kan, selalu saya terima feedback dari peserta kursus mengadu sakit kaki apabila perlu memakai kasut bertumit ke tempat kerja.

Sebenarnya, kalau kita tahu punca, insyaAllah ia boleh dielak dan akan lebih selesa memakai kasut bertumit untuk kelihatan formal ke pejabat. Baik, ada 3 punca utama masalah sakit kaki ini:

1 – TUMIT YANG TERLALU TINGGI

Saya yakin semua maklum yang kasut bertumit ini mempunyai pelbagai ketinggian. Bagi kasut formal, ketinggian tumit ialah di antara 0.5 inchi hingga ke 2.5 inch. Bagi mengelakkan kaki sakit, memilih ketinggian yang tepat amat penting. Jika melebihi 2.5 inchi, kita akan kurang selesa untuk berjalan dan mengimbangkan badan.

Bagi yang amat jarang memakai heels, risau sakit kaki, boleh cuba menggunakan kasut dengan tumitnya jenis “kitten heels” dengan saiz 1.5 inchi. InsyaAllah lebih selesa, manis dan bergaya.

2 – BENTUK TUMIT YANG KECIL ATAU RUNCING

Tumit juga mempunyai pelbagai bentuk daripada segiempat, bulat, half round dan ketebalannya juga pelbagai variasi. Pilih tumit kasut yang lebih lebar dan besar bagi mendapatkan kestabilan dan keselesaan. Elakkan yang halus runcing dan tajam.

Prinsipnya, semakin besar tumit kasut itu, distribusi berat ke atas tumit kaki akan menjadi lebih baik dan pastinya kaki tidak akan sakit lagi. Tumit kasut yang halus runcing sesuai untuk individu bersaiz kecil. Kita ada pilihan.

3 – BENTUK HADAPAN KASUT

Selain di tumit, hujung jari juga adalah tempat ketidakselesaan boleh berlaku jika kasut tidak sesuai. Bentuk hadapan kasut ada pelbagai. Pemilihan yang tidak tepat dengan bentuk jari kaki, membuatkan ruang hadapan kasut sempit dan membuatkan jari kaki tidak selesa. Jika susunan jari kaki anda jenis ‘Wide Feet‘, kasut yang berbentuk pointy, runcing dan tajam bukanlah pilihan yang baik. Kasut jenis bulat dan bersegi lebih sesuai.

ARTIKEL TERKINI: Tips asas pemakaian hijab profesional

Artikel ini akan ajar anda tentang asas dan fundamental dalam ikatan tudung profesional

Dah ikuti saya di Social Media? Jika belum, jemput follow, tekan pada gambar atau scan QR Code dibawah.