Hi semua. Salam ceria dan bahagia. Hari ini saya nak kongsikan kepada anda, tuan-tuan semua tentang 3 aksesori wajib untuk lelaki. Setiap aksesori ini memberi maksud yang berbeza dan sebab mengapa ia penting tau. Jom kita baca. Bismillah

3 Aksesori Wajib untuk lelaki

SAPU TANGAN

Saya nak tanya satu soalan, jujur tau. Dipoket anda sekarang, ada saputangan tak? kepada yang ada saputangan ni kan, markah penampilan dan kredibiliti naik berganda.

Nak tahu kenapa?

Jejaka bersaputangan ni memberi mesej beliau mengambil berat soal kebersihan. Tak kira masa sentiasa menjaga dan mengambil berat. Walaupun ada tisu, tapi mereka menjada kebersihan dengan ada saputangan. Ini juga menunjukkan anda yang bersapu tangan sebagai seorang yang teliti dalam berpenampilan.

Jika berpeluh, saputangan ada untuk merapikan. Mesejnya, jika perkara asas kebersihan diri pun dijaga pasti kebajikan keluarga dan urusan kerja sangat dititikberatkan. Ia juga nampak lebih gentleman. Faham ke faham?

TALI PINGGANG

Untuk kelihatan profesional, aksesori wajib untuk lelaki ialah Tali Pinggang. Walaupun seluar anda sebenarnya tidak longgar, tapi tali pinggang menjadi aksesori yang sangat penting dan ia memainkan peranan. Lagipun disetiap seluar sememangnya ada ruangan untuk kita letakkan tali pinggang dan jika ianya kosong, tidak bertali pinggang, ini akan melihatkan anda tidak serius dan melakukan sesuatu tidak sempurna.

Untuk elakkan pandangan dan maksud sebegini, anda perlu sempurnakan dengan memakai tali pinggang dan jangan biarkan kosong ya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara Melipat lengan baju dengan betul

Dalam artikel ini anda akan belajar cara betul untuk melipat lengan baju, step by step.

JAM TANGAN

Penting ke Jam tangan? yes sangat penting tuan-tuan. Ia aksesori yang menunjukkan anda sangat particular dan serius tentang masa, menjaga masa dan sentiasa peka dengan masa kerana itulah jam menjadi aksesori wajib bagi lelaki. Untuk deal bisnes contohnya, orang yang melihat kita berjam tangan akan menunjukkan kita seorang yang serius dan sangat peka dengan masa so insya Allah kalau deal berjaya, projek yang kita deal pasti akan disempurnakan mengikut masa yang telah dijanjikan.

Jom kita buat spotcheck diri kita, ada tak 3 aksesori diatas hehe Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. Nak baca lebih lagi tips dan perkongsian dari saya, boleh klik tajuk-tajuk yang dah saya sediakan di bawah ya.