Hi semua. kembali kita di ruangan blog saya hari ini. Tips hari ini mengenai etika bersalaman dimusim COVID-19. Semua tahu norma baru tidak membenarkan kita melakukan sentuhan fizikal termasuklah bersalam. Oleh yang demikian saya akan kongsikan etika bersalaman ini. Semoga bermanfaat ya, jom baca!
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/etika-bersalam-2.jpg)
Beberapa hari lepas student yang datang ke bilik dan di dalam kuliah saya lihat agak kekok bila saya katakan kita kurang kan kontak (sentuhan dan perjumpaan) ya, jadi tidak mengapa untuk tidak bersalaman kerana kebiasaanya selepas kelas, student-student saya akan bersalaman bersama saya.
Mereka tidak tahu mahu respon bagaimana. Ada yang tersengih-sengih sahaja, ada yang terus berlalu.
Apabila saranan kerajaan untuk kita melebarkan jarak peribadi dengan menjauhkan 1meter jarak dengan orang sekeliling dan tidak bersalaman untuk mengelakkan penularan virus COVID-19 ini, kita masih boleh mempamerkan tanda hormat dan mesra.
Bukan menjauh dan bermasam muka.
Etiketnya untuk senang ingat ialah S. E. T – A.
S.E : Senyum
Kita masih boleh senyum pada orang sekeliling. Ada yang mengelak bertemu mata dalam lif, takut disapa. Sebenarnya, individu yang melemparkan senyuman mempunyai konfiden diri yang tinggi dan mereka akan kelihatan lebih meyakinkan. Itu satu kelebihan kan?
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/photo_2020-10-10_12-52-46-768x1024.jpg)
T : Tangan kanan di dada
Letakkan tangan kanan di dada sebagai menukar isyarat bersalam. Etika ini terpakai juga (sebelum COVID-19 dan norma baru) untuk wanita muslim yang hendak mengelak dari bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram seperti berjumpa client dan sebagainya.
A : Angguk kepala
Anggukkan kepala dan tundukkan sedikit badan dalam 25 darjah sebagai tanda hormat. Ini posture tubuh paling minimum untuk kita lakukan sebagai tanda hormat dan salam kita
Jadi semasa melakukan S.E.T – A (menggantikan Salam), kita boleh menyapa seperti..
“Apa khabar Puan Su?”
“Terima kasih Tuan, datang lagi”
ARTIKEL PILIHAN: Etika memakai mask dengan betul
Dalam artikel ini anda akan belajar etika pemakaian mask atau pelitup muka dengan betul.
Sebenarnya S. E. T- A ini adalah etiket bersalaman apabila kita berurusan dengan orang yang bukan muhrim.
Apabila pekerja lelaki mahu berurusan dengan bos wanita….
“Puan Ros, saya balik dulu (sambil melakukan SET – A)”
Klien lelaki yang mahu kita bertemu..
“Tuan Hakim, terima kasih meluangkan masa untuk diskusi hari ini (sambil melakukan SET- A) “
Anak murid perempuan berjumpa guru lelaki,
“Cikgu Zul, Assalamualaikum, (sambil melakukan SET- A)”
Apabila kita mengetahui tatacara berurusan secara profesional, kita pasti akan lebih dihormati. Jadi apabila bertemu dengan sesiapa, amalkan SET-A sebagai tanda hormat dan mesra ya!
Semoga artikel hari ini beri manfaat kepada anda ya. Jangan lupa kongsikan dengan yang lain. Baca Artikel lain disini