Hi semua. Selamat kembali ke blog saya dan hari ini asaya ada perkongsian yang sangat menarik iaitu tentang pemakaian tali leher. Tali leher adalah komponen penting dalam berpakaian formal. Dalam artikel kali ini saya kongsikan 4 tips untuk pemakaian tali leher yang sempurna. Selamat membaca.

1. TIE PIN

Ada ramai yang memakai tie suka mengenakan aksesori tie pin pada tie mereka. Tie pin dikenakan bagi memastikan kedudukan tie terletak dan gaya akan lebih kemas. Dimana kedudukan tie pin yang tepat? Ok, kedudukan sebenar tie pin ialah berada diantara butang nombor 3 dan 4 kameja atau sama dengan paras poket kameja anda. Ini ialah tempat yang betul apabila mahu mengenakan tie pin ya. Jangan lupa etiket pemakaiannya.

2. IKATAN DIMPLE

Banyak cara mengikat tie sebenarnya. Terdapat pelbagai cara ikatan yang boleh digayakan. Ada cara yang mudah, ada cara yang agak complicated tetapi akhirnya menghasilkan corak atau bentuk ikatan yang lebih kurang sama.

Namun begitu, untuk menonjolkan gaya ikatan tali leher anda, pastikan tie anda mempunyai ‘dimple‘ diakhir presentasi ikatan tali leher anda. Apa itu ‘dimple‘? Dimple ialah satu lekukan dihadapan ikatan tie anda (rujuk pada gambar). Ramai pemimpin dunia yang memakai tie yang mempunyai dimple. Anda tahu apa maksudnya? Implikasi positif mengenakan ‘dimple’ amat besar. Ia akan memberi mesej kepada orang sekeliling anda bahawa sekecil-kecil dimple pun anda lakukan apatah lagi apabila melaksanakan tugasan kerja dan sebagainya yang lebih besar dan mencabar. Ia juga mencerminkan anda seorang yang teliti. Ha pasti kredibiliti anda kan naik melonjak hanya dengan mengenakan dimple di tie anda. Jelas tuan – tuan?

3. HUJUNG TALI LEHER DI BUCKLE BELT

Ini ialah pemakaian tali leher yang betul. Bagi mengetahui panjang atau pendek tie anda ialah dengan semudah memastikan hujung tali leher anda selaras atau mencecah ke buckle tali pinggang anda. Jika tidak cecah bermaksud ianya pendek dan apabila melebihi buckle atau pun tali pinggang anda itu bermaksud terlalu panjang.

4. KELEBARAN TALI LEHER

Yang terakhir ini ialah bagaimana cara memilih saiz tali leher. Pastikan kelebaran tali leher anda mengikut saiz badan anda. Untuk lebih tepat, jika memakai blazer atau suit, saiz nya mengikut ‘lapel‘ blazer atau suit anda. Nak tahu tentang Lapel boleh baca artikel saya di bawah ini.

APA ITU LAPEL? BACA LANJUT: 3 Kesalahan Imej Profesional

Anda akan belajar tentang ‘lapel’ dan juga kesalahan lain dalam imej profesional sebagai lelaki

Semoga artikel ini bermanfaat dan memberi ilmu baru kepada tuan-tuan yang membaca dan selamat beramal.

Artikel artikel lain, Klik untuk membaca

Ikuti saya di Media Sosial. Scan QR code atau klik pada gambar