“ehh.. Banyak nya gelang kak Timah tu..lima lapis..separuh lengan gelang saja..” bisik Tia dalam hati semasa perjumpaan bulanan jabatan. Pernah tak kita tengok situasi macam ni? Atau kita sendiri yang pernah alami.
Hi dan Assalamualaikum semua. Hari ini saya akan kupas 1 topik yanag best dan insya Allah bermanfaat untuk kaum hawa semua. Jom dan selamat membaca.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/4-kesalahan-aksesori-wanita-1-1024x1024.jpg)
Kadang kadang kita perasan seorang wanita ‘overdo’ dalam pemakaian aksesori.. Kata orang Kelantan ‘jangok dooh’..maksudnya berhias sungguh. Seolah olah pakai aksesori macam nak pegi kenduri dan kurang sesuai dengan aktiviti ofis sebagai seorang professional.
Wanita dan aksesori memang tak dapat dipisahkan. Cuma ada ‘rules’ dalam aksesori wanita. So kepada wanita yang sedang membaca teruskan membaca. Bagi suami yang sedang membaca boleh share konten ini kepada isteri tersayang.
Dalam satu-satu masa dicadangkan seorang wanita memakai tidak lebih daripada 5 aksesori.
- Rantai
- Gelang
- Cincin
- Subang
- Jam Tangan
Jadi bagi yang bertudung, 2 pasti tak nampak iaitu subang dan rantai bukan? Jadi 2 aksesori itu boleh diganti dengan 2 brooch. 1 sebagai titik fokus dan 1 memadai dengan bersaiz kecil.
Brooch di bahu kiri, bahu kanan, bawah dagu dan 1 pin di kepala akan nampak sarat. Sarat ini memberi mesej tidak serius dan hanya sesuai dalam acara sosial ( seperi kenduri) atau kasual.
Bagi tampil profesional, less is more. Ada client pernah bertanya. Kalau tak cukup 5 takpe ke Dr? Kurang tidak apa, jangan berlebih.
Maksudnya gelang cukup satu. Tidak perlu kiri kanan tangan. Cincin juga satu. Kemudian jam tangan. Dan jika berhijab, pilih satu brooch bersaiz sederhana sebagai titik seri. Satu lagi hanya kecil untuk mengemaskan tudung.
1. Tidak Mengikut Tema
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/4-kesalahan-aksesori-wanita-1-1.jpg)
Ini adalah satu kesalahan iaitu apabila kita memakai aksesori yang tidak mengikut tema dalam satu-satu masa. Elak di campuradukkan seperti pemakaian gelang berlian, cincin manik dan rantai mutiara dipakai serentak. Pilihlah satu tema yang sesuai dan kita suka dalam satu – satu masa.
2. Warna Aksesori Berbeza
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/4-kesalahan-aksesori-wanita-2.jpg)
Ini kesalahan kedua yang sebenarnya ramai wanita lakukan. Cuba elakkan sebagai contoh pemakaian cincin silver tetapi memakai gelang emas dan rantai manik berwarna hijau. Jangan dicampur berbeza-beza warna.
Jika tema aksesori pilihan anda ialah gold, maka dicadangkan untuk cincin gelang wanita dan subang juga perlu berwarna gold. Sebagai contoh tona yang sama seperti Rose gold, white gold, brass, gold.
3. Memakai Gelang Bertingkat
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/4-kesalahan-aksesori-wanita-3.jpg)
Dalam etika pemakaian profesional, ini merupakan satu kesalahan sekiranya memakai gelang bertingkat. Untuk kelihatan profesional dan ketika ada urusa rasmi contohnya, satu gelang sudah memadai untuk satu-satu masa. Pemakaian gelang yang banyak akan melihat si pemakai nampak sarat dan menurunkan kredibiliti.
4. Memakai Terlalu Banyak Brooch
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/4-kesalahan-aksesori-wanita-4.jpg)
Seperti yang telah saya terangkan diatas, untuk yang berhijab, pastikan brooch anda tidak melebihi 3. Cadangan saya cukuplah menggunakan 2 brooch, pilih satu brooch sebagai titik seri dan 1 yang kecil. Selebihnya jika diperlukan untuk mengemas tudung, pastikan ia tersorok. Dicadangkan juga hanya menggunakan pin peniti berkepala bulat.
Terima Kasih dan semoga anda belajar sesuatu dari perkongsian artikel ini. Jika ada sebarang soalan, boleh terus diajukan diruangan komen ya. Terima Kasih
Artikel lain yang bermanfaat