Hi semua. Semoga sihat dan ceria selalu. Hari ini saya nak bawakan tema lelaki kacak dan bergaya dan penulisan artikel hari ini dengan tajuk yang bermanfaat. Lihat gambar dibawah untuk tajuk kita pada hari ini.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/baju-dalam-lelaki-1.jpg)
Kenapa saya tidak tulis kacak sahaja, sebab kacak hanya rupa. Wibawa itu penting barulah lahir pesona seorang lelaki sejati. Ada yang tanya saya, perlu ke lelaki pakai undershirt? Baju dalam sebelum tuan-tuan kenakan kemeja tu.
Sebenarnya ia terpulang pada individu. Tetapi perlu faham apa objektif pemakaian tersebut. Antaranya ialah..
1. Undershirt ini akan membuatkan kemeja yang di pakai lebih kemas dan terletak cantik.
2. Ia bertujuan untuk menyerap peluh. Jadi kemeja tidak basah dan melekat ke kulit.
3. Mengelakkan kesan deoderon di bawah lengan baju. Perasan tak kadang kala ada kesan kehitaman di kemeja. Ini merosakkan material kemeja tersebut.
Tetapi elak pakai t-shirt sebagai alas bawah kemeja. Ini kerana t-shirt lebih tebal dan potongan lebih besar. Undershirt yang terbaik adalah sedikit fit dan kemas di badan.
Yang lebih penting, untuk tampil wibawa, undershirt ini tidak boleh kelihatan. Maksudnya jika kolar anda terbuka, elakkan undershirt itu dilihat orang.
Ini panduan pemilihan ‘undershirt’ untuk tuan suami dan anak-anak di rumah. Semoga belajar sesuatu.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/baju-dalam-lelaki-2.jpg)
Untuk pemilihan ‘undershirt’ pastikan yang tiada lengan. Ini akan menonjolkan lagi kekemasan berbanding yang ada lengan.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/baju-dalam-lelaki-3.jpg)
Untuk memilih warna yang terbaik, saya cadangkan anda memilih warna kelabu kerana ia sepadan dengan semua warna. Warna kelabu tidak akan kelihatan jelas melapisi kemeja yang dipakai dan itulah antara displin asas pemakaian undershirt.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/baju-dalam-lelaki-4.jpg)
Dari jenis fabrik pula, cadangan saya adalah fabrik jenis cotton kerana ia baik dalam penyerapan peluh. Selain itu ia juga selesa di pakai apatah lagi apabila berada dilapisan dalam kameja.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/baju-dalam-lelaki-5.jpg)
Seterusnya tuan-tuan perlu pastikan ‘undershit’ yang hendak dibeli tidak mempunyai lubang tangan yang luas kerana apabila terlalu luas, peluh dibahagian bawah lengan tidak akan diserap. Kesannya ialah peluh akan kelihatan di permukaan kameja.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/baju-dalam-lelaki-6.jpg)
Dan yang terahir, pastikan anda memilih ‘undershirt’ yang mempunyai leher berbentuk ‘V’. Sekiranya memilih yang mempunyai leher berbentuk O akan menyebabkan ‘undershit’ jenis ini kelihatan apabila butang kameja paling atas dibuka.
Tuan-tuan dapat apa yang saya sampaikan ini? Jika ya tinggalkan komen ‘YES’ di ruangan komen ya. Terima Kasih kerana membaca artikel saya. Untuk dapatkan lebih banyak tips dan perkongsian tentang imej, jangan lupa ikuti saya di semua platform Media Sosial saya ya. Klik pada gambar atau imbas QR code digambar.