Hi semua. Semoga sihat dan ceria. Hari ini saya nak kongsikan tentang potongan seluar lelaki. Tuan – tuan dah sedia? selepas habis artikel ni tuan-tuan perlu audit seluar ya. Selamat membaca.

Tuan – tuan, dalam membuat pemilihan seluar, pastikan gaya potongan atau belahan adalah pada kadar yang betul. Ianya juga dipanggil ‘Break’. Jom kita kenali 3 gaya atau patahan seluar yang biasa dilihat.

1. NO BREAK

No Break. Ini ialah gaya potongan seluar yang ‘senteng’ atau kebanyakan ada yang memanggil sebagai potongan k-pop. Dari segi setting professional, potongan seluar seperti ini amatlah tidak sesuai.

2. HALF BREAK

Half Break ialah cara potongan seluar yang paling ideal, cantik, kemas dan professional. Break itu atau patahan seluar mempunyai 1 patahan sahaja dan sangat sempurna. Untuk profesional dan formal, ini la potongan yang sepatutnya ada pada seluar anda.

3. FULL BREAK

Full Break pula mempunyai banyak patahan dan menampakkan seluar umpama londeh dan tidak kemas dibahagian kasut. Cara potongan seluar jenis ini sangat tidak digalakkan.

So lepas ni pastikan cara potong seluar anda dipotong pada kadar Half Break ok. Dan antara tips nya ialah ketika mengukur seluar, pastikan anda memakai kasut bersama. Ini akan memudahkan anda untuk membuat kiraan dan ukuran yang betul supaya potongan seluar nanti tepat dan kemas. Potongan satu ke dua inchi pada pakaian kita sebenarnya mempunyai impak yang ketara pada penampilan untuk kelihatan kemas dan tampil berkredibel.

Terima Kasih dan semoga bermanfaat ya. Artikel lain: