Hi semua. Selamat kembali ke blog saya. Hari ini kita akan kupas 5 Cara Jimat semasa pilih baju. Semoga bermanfaat dan anda belajar sesuatu dari perkongsian ini. Selamat membaca!

Untuk memudahkan urusan semasa memilih baju, anda disarankan untuk membuat pada setiap hari minggu dan buat persedian apa yang anda nak pakai di minggu hadapan.

Semak Jadual

Sebelum memilih baju yang hendak dipakai, anda boleh semak jadual anda untuk minggu hadapan. Anda perlu kenalpasti mesyuarat atau program penting yang bakal berlangsung.

Pilih Baju

Selepas mengenal pasti maklumat mesyuarat, program, perjumpaan pada minggu hadapan, boleh lah start memilih 5 helai baju yang ingin dipakai pada acara minggu hadapan.

Padankan

Dah pilih baju, tiba masa untuk padankan seluar, kain, blouse, tudung. Pastikan warna dan tona yang bersesuaian dan anda suka.

Pilihan Aksesori

Pilih sapu tangan, stokin dan kasut sepadan. Tips untuk memilih stokin ini saya ada terangkan dalam artikel disini

Gosok

Kemudian, mulakan mengosok pakaian anda dan susun dengan lengkap dan gantung mengikut susunan hari supaya mudah untuk diambil kelak.

Susun Aksesori

Yang terakhir sekali ialah anda perlu menyusun aksesori yang sepadan seperti jam, rantai, gelang atau brooch yang ingin digayakan.

Cara ini akan memudahkan anda untuk bersiap setiap pagi untuk ke pejabat. Pagi anda juga lebih efisyen dan tidak akan terkocoh-kocoh. Susunan dalam kala seminggu ini akan membuatkan anda lebih presentable, anggun dan berkarisma mengikut program dan tugasan pada minggu tersebut. Asasnya ialah disiplin. Insya Allah pasti boleh. Terima kasih dan jumpa lagi.