Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak berikan cadangan 20 padanan pakaian yang tuan-tuan boleh gunakan untuk tampil ke tempat kerja. Padanan warna ini sangat mudah diikuti cuma tuan-tuan perlu faham asas disebalik padanan ini. Boleh save gambar di bawah ini siap-siap. Selepas ini dah boleh susun dan tampil bergaya.
Secara asasnya disiplin yang anda perlu fahami dari padanan ini ialah penggunaan warna yang plain seperti kameja berwarna biru, pink, putih dan kelabu. Warna-warna ini ialah warna formal. Semakin cerah semakin formal. Jelas?
Yang keduanya ialah padanan kasut. Kasut hitam hanya boleh dipadankan dengan seluar hitam sahaja. Sebaliknya, jika seluar berwarna coklat, kelabu, dan biru tua, tuan-tuan boleh padankan dengan kasut yang berwarna coklat. Seperti yang tuan-tuan boleh tengok pada hari Isnin minggu keempat. Seluar yang dikenakan berwarna coklat, maka padanan kasut yang bersesuaian adalah berwarna coklat.
Untuk pakaian baju batik pula, pastikan pilihan warna yang minimum. Tidak melebihi 3 warna kerana apabila warna yang banyak ia akan kelihatan sarat, meriah dan memberikan mesej kurang formal.
Di sini saya ingin cadangkan padanan untuk 20 hari bekerja atau sebulan untuk anda gayakan ke pejabat dengan hanya mempunyai ‘basic wardrobe’. Boleh ke? Boleh..
Anda hanya perlu memiliki 4 helai kemeja bewarna. Saya cadangkan kemeja putih, biru muda, merah jambu muda dan kelabu. Kemudian anda perlukan 4 helai seluar (hitam, kelabu, biru tua dan coklat), sepasang baju batik, sepasang baju korporat dan dua pasang kasut (coklat dan hitam). Itu sudah cukup untuk permulaan. Lihat rajah diatas untuk mendapatkan panduan padanan tersebut.
Semoga cadangan padanan yang saya berikan ini membantu tuan-tuan. Apapun, tuan-tuan boleh susun mengikut jadual mingguan seperti ada hari mesyuarat di pejabat, temujanji bersama client dan sebagainya. Semoga bermanfaat dan jumpa lagi!