Assalamualaikum semua. Selamat kembali ke blog saya ini. Hari ini saya nak berkongsi tentang etika bersalaman. Semoga bermanfaat untuk anda semua yang membaca ya.

1. BERDIRI DENGAN JARAK 3 KAKI

Apabila mahu bersalaman, pastikan anda mengekalkan jarak selesa dan menghormati radius peribadi individu yang anda sedang berurusan (cadangan saya 3 kaki untuk kelihatan profesional). Tidak terlalu rapat dan tidak terlalu jauh.

2. HULURKAN TANGAN KANAN YANG BERSIH DAN KERING

Sebelum bersalaman, pastikan tangan kanan anda bersih dan kering. Jika berpeluh atau basah contohnya baru lepas membasuh tangan, elok lah dikeringkan dahulu dengan sapu tangan anda. Tangan yang basah akan membuatkan orang yang anda salam kurang selesa. Ia juga mencerminkan kepekaan kita tentang kebersihan (hygiene).

Selepas bersalam, elakkan daripada anda terus mengelap tangan. Ini kerana ia kelihatan tidak sopan dan akan menimbulkan rasa kurang selasa orang yang bersalaman dengan anda tadi.

3. TUNDUKKAN BADAN

Semasa berjabat tangan, pastikan badan anda ditundukkan sedikit tanda menghormati. Ini melihatkan anda seorang yang sangat tertib dan beradab.

4. GENGGAM DENGAN KEMAS

Berjabat tangan dengan kemas memberi signal anda konfiden. Namun begitu jangan terlalu kuat sehingga menyakitkan individu yang anda salam. Sela masa 3-5 saat adalah yang terbaik.

5. BERIKAN KONTEK MATA

Ini sangat penting. Jika bersalam, berikan lah ‘eyes contact‘ dengan orang yang sedang bersalam dengan anda. Jangan pandang tempat lain. Ini akan memperlihatkan kita serius dengan bertemuan tersebut dan urusan yang akan dijalankan. Selain itu, eye contact mempemerkan keikhlasan dan pasti mereka akan hargai apa yang kita lakukan.

6. BERIKAN SENYUMAN IKHLAS

Dan yang terakhir sekali ialah berikan senyuman yang ikhlas. Senyuman yang ikhlas pasti dapat dirasai oleh orang yang melihat.

Maka selesai lah satu etika bersalam yang beretika, tertib dan penuh tatasusila. Jangan lupa amalkan ya. Semoga bermanfaat.