Hi semua. Berjumpa lagi di dalam blog saya dan kali ini kita akan berbicara soal etika menerima hadiah. Terima hadiah pun ada etika nya juga ya Dr? ya, ada Tuan/Cikpuan. Jom kita ikuti kisah saya ini.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/Etika-memberi-hadiah-1024x1024.jpeg)
Suatu hari bilik saya diketuk. “Dr, saya dah hantar thesis. Ini untuk Dr…”
Saya terima tandamata terima kasih dari Amani (student saya) sempena tamat kajian beliau. Thesisnya berkaitan awareness in prediabetes.
“Kenapa susah-susah. Ini memang tanggungjawab saya” kata saya.
Beliau berjaya selesaikan projek ni itulah hadiah saya. Satu kepuasan. Saya jenguk ke dalam paper bag. Ia di stapler.
Beliau kata..
“janganlah buka sekarang Dr, malu la..”
Ia tidak berbalut. Saya buka sedikit dan tengok ke dalam.
Tuan/Cikpuan, apabila kita menerima hadiah, elak terus simpan hadiah yang diberi tanpa memberi penghargaan.
Jika ia diberikan di meja, kekal letakkan hadiah tersebut di atas meja sepanjang perbualan. Jika diserahkan semasa berdiri, pegang di tangan. Elak di masukkan terus ke dalam handbag atau diletakkan di atas lantai.
Ia tandanya kita sangat menghargai pemberian hadiah tersebut walau apa pun hadiah atau gift yang diberikan.
Etika menerima menerima hadiah/buah tangan adalah seperti berikut:-
1. SENYUM
Berikan true smile kepada si pemberi untuk menggambarkan kita rasa sangat berbesar hati atas hadiah/buah tangan yang dibawa.
2. UCAP TERIMA KASIH
Ucap terima kasih dengan nada teruja bukan bersahaja dan fokus dengan pandang ke arah mata si pemberi.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/hadiah-1024x768.jpeg)
3. ACKNOWLEDGE
Acknowledge ini bermaksud describe barang yang diterima dengan menyatakan perasaan ketika itu. Tidak perlu upwrap. Jika ia di dalam paper bag cukup dengan buka sedikit describe apa yang kita suka akan barang itu.
Contohnya semasa saya buka paperbag yang diterima ada kain bewarna peach. Saya pegang kain itu dan beritahu Amani pandai beliau pilih warnanya. It is so sweet. Saya suka warna ini.
Saya keluarkan pula buku nota hitam. Dikulitnya ada kata2 motivasi. Saya beritahu Amani saya sangat suka item yang ada kata2 semangat. Ia membuatkan saya sentiasa termotivasi.
Sekiranya ia berbalut. Kita boleh puji corak balutannya, warna kertas pembalut yang telah dipilih. Respon yang pendek dari penerima besar maknanya pada yang memberi.
Ini kerana setiap hadiah yang diberi, ia adalah hasil daripada effort mereka untuk mencari, menempah, memilih dan membalut…penghargaan kecil ini akan membuatkan mereka akan rasa berbaloi.
4. BERI FEEDBACK
Ini adalah extra. Nyatakan feedback selepas barang itu di rasa, di cuba atau di gunakan. Contoh text si pemberi katakan sedapnya makanan yang telah diberi tempoh hari. Satu keluarga suka.
Ambil gambar baju yang telah dicuba dan text pemberi katakan ia sangat sepadan. Saiz yang dipilih sangat tepat.
Semoga tips ini membantu untuk anda faham bagaimana etika apabila menerima hadiah, bukan sekadar ucapan ‘Terima Kasih’ sahaja tau. Terima Kasih
Artikel Berkaitan: