Hi semua. Semoga anda semua sihat disamping keluarga. Kita belum menang lagi melawan Covid-19 dan pastikan anda terus menjaga kebersihan, memakai pencuci tangan , hand sanitizer, menjaga jarak dan memakai mask. Topik hari ini saya nak berkongsi tentang etika memakai mask atau pelitup mulut yang betul. Semoga artikel ini bermanfaat ya, Jom baca.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/WhatsApp-Image-2020-10-06-at-12.07.21-PM-1024x1024.jpeg)
Saya tahu ramai yang sedia maklum tentang cara penggunaan dan pemakaian mask atau pelitup muka dengan betul. Saya kongsikan supaya anda terus berwasapada dan pada yang belum tahu boleh ikut cara ini step by step ya.
1. Pastikan bahagian dalam mask berwarna putih dan dibahagian luar ialah berwarna
Hari ini kita dapat lihat banyak design dan warna mask yang telah dihasilkan dipasaran. Cuma yang paling penting untuk anda pastikan bahagian yang berwarna di luar, dan yang berwarna putih dibahagian dalam.
Dalam artikel ini saya kongsikan bagaimana nak kelihatan profesional walaupun berbaju kurung
2. Selitkan tali mask ditelinga
Langkah yang seterusnya ialah untuk menyelitkan tali mask ditelinga. Bagi wanita berhijab, ada yang menggunakan ‘connector’ atau penyambung yang saya lihat ramai menjual dan menghasilkannya dengan pelbagai corak. cantik cantik.
Itu pun ok tapi paling penting untuk sentiasa ‘spray’ sanitizer untuk menjamin kebersihan. Bagi lelaki atau para wanita yang tidak berhijab, selitkan dengan sempurna di telinga. Ada juga jenis yang berikat atau bertali, boleh ikutkan dibahagian belakang.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/mask-2-1024x682.jpg)
3. Bentukkan kepingan logam mengikut bentuk hidung
Untuk step yang seterusnya ini, anda perlu tekan dan bentukkan kepingan logam yang berada di pelitup muka untuk dipadankan dengan bentuk hidung. Pastikan ia rapat dan ketat dan yang paling penting anda selesa untuk bernafas.
4. Tarik dan pastikan mask menutup keseluruhan hidung dan mulut.
Langkah yang terakhir ialah anda perlu menarik hujung mask untuk pastikan ia menutup hidung dan mulut dengan sempurna. pastikan ianya selesa untuk anda dan boleh bernafas dengan baik. Insya Allah selamat.
Semoga kita terus menjaga diri dan dijauhkan dari penyakit berbahaya ini. Terus jaga diri, kebersihan dan jarak. Terima Kasih
Dah ikuti saya di Media sosial? jika belum boleh klik pada gambar atau imbas QR kod di gambar ya. Terima Kasih