Berapa ramai diantara anda yang berfikiran bahawa kelas imej adalah kelas make-up?
Berapa ramai diantara anda yang rasa kelas imej hanya lah “kelas ikat tudung” bagi wanita semata-mata?
Ini pengalaman saya beberapa tahun sebagai persona expert , saya dapati ramai orang diluar sana beranggapan bahawa kelas imej hanyalah satu kelas make-up serta ikat tudung sahaja.
Sebenarnya tidak begitu. Tapi jika anda para professional , bisnes owner , serta usahawan yang ingin cara ikat tudung atau make-up kami akan membantunya. Bermaksud jika hanya ada permintaan sahaja.
Kelas imej ini lebih luas daripada apa yang anda fikirkan.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2022/01/msg584659971-11525-1-1024x682.jpg)
Jadi pada artikel kali ini saya ingin memberi pencerahan serta berkongsi dengan anda tentang kelas imej yang saya sendiri jalankan.
Kami sebenarnya menekankan beberapa topic penting di dalam imej ini antaranya adalah terdiri daripada “ABC” iaitu “Appearance , Behavior , Communication”.
Untuk anda lebih faham, kelas imej adalah kelas yang menceritakan tentang penampilan anda, tingkahlaku anda serta gaya komunikasi anda.
Jom kita teroka sama-sama apa yang dikatakan sebagai penampilan. Penampilan adalah bagaimana anda kelihatan secara luaran.
Adakah anda kelihatan menarik?
Adakah bila orang melihat anda terus rasa terinpirasi dengan anda ataupun sebaliknya?
Adakah anda ini sekali pandang terus orang rasa mudah untuk percaya anda?
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2022/01/msg584659971-11527-1024x682.jpg)
Persoalan ini semua akan dibahaskan dalam topik penampilan ini secara mendalam yang akhirnya akan membantu para professional , bisnes owner , usahawan seperti anda agar dapat mempengaruhi serta dipercayai oleh orang diluar sana.
Kenapa penting sangat untuk anda sebagai sebagai seorang bisnes owner mahupun usahawan untuk dilihat berpengaruh dan dipercayai ? Ini kerana akhirnya ia akan membawa kepada beberapa perkara iaitu :
1. Dihormati dan dipercayai
2. Idea anda mudah diterima oleh orang lain.
3. Jika anda menjual sesuatu , orang akan mudah membeli dengan anda.
4. Jika anda membuat pembentangan projek , projek anda akan mudah diterima berbanding yang lain.
Jadi sebab itulah anda sangat perlu menjaga penampilan anda.
Bersambung pada bahagian dua disini (Bahagian 2).