Dr ann image persona

prOFIL

DR FARRAH SHAFEERA @ ANN IBRAHIM
Persona Expert | Physiologist

PhD (Physiology)(Monash), MMedSc (Physiology)(UKM), BSc Biohealth(Hons)(Malaya)

Perunding Imej Profesional Bertauliah (CPIC, Malaysia)

Certified Dining Skills Consultant (CDSC, Malaysia)

Certified Advanced Personal Colour Analysis Training (Australia)

Dr Farrah Shafeera @ Ann Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Dr Annshafeera merupakan seorang Persona Expert yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau telah memperolehi pelbagai pengiktirafan profesional daripada dalam dan luar negara seperti Perunding Imej Profesional Bertauliah, Certified Dining Etiquette Consultant dan Certified Advanced Personal Colour Analysis Training.

Beliau telah membantu mentransformasi imej ribuan golongan profesional, korporat dan usahawan. Bergelar seorang pensyarah kanan sepenuh masa di UiTM dalam bidang Fisiologi tidak menghalang beliau untuk komited memberikan sentuhan ajaib dalam membina persona dan jenama diri buat klien beliau dari pelbagai latar belakang di rantau ini.

Beliau berpegang kepada prinsip, “Hard skills will lead to your dream job but your Image and Persona will allow you to climb the ladder of your profession”. Disebabkan inilah beliau mendalami ilmu imej dan etiket dan kini komited berkongsi bagaimana untuk tampil profesional dan membina kredibiliti. Beliau percaya setiap individu perlu menguasai etiket dan mempamerkan imej yang baik untuk lebih berjaya dalam bidang yang diceburi.

Beliau juga merupakan antara speaker utama dalam Seminar Now Everyone Can Speak (NECS) yang dikenali seminar komunikasi terbesar di Malaysia semenjak 2013. Beliau turut aktif berkongsi pengalaman di universiti-universiti serta sektor kerajaan dan korporat dalam dan luar negara. Memiliki pengalaman yang luas, ditambah dengan minat mendalam dalam bidang persona, imej dan etiket, Dr. Annshafeera kini dikenali sebagai Persona Expert yang cukup versatil dan memiliki kredibiliti tersendiri.

Tips Infografik

tips Video

Testimoni

Artikel Terkini

Tips Rutin Penjagaan Kulit wajah

Tips Rutin Penjagaan Kulit wajah

Hi semua. Hari ini saya nak kongsikan tentang tips rutin penjagaan kulit. Tidak kira lelaki atau wanita, penjagaan kulit muka sangat penting. Saya masih ingat lagi mama saya, beliau pesan, kulit ni kena jaga dari awal. Dari muda. Mama selalu bagi contoh makcik saya,...

read more

4 tips memilih saiz kameja lelaki

Hari ini suka untuk saya kongsikan tips pemilihan saiz kameja lelaki. Membeli baju ‘on the shelf’ atau readymade ini sebenarnya mencabar. Yang paling baik adalah kemeja yang di tempah khas mengikut ukuran saiz badan kita. Ini kerana setiap individu mempunyai saiz...

read more

koleksi gambar

Kata Kata Hikmah

Media Sosial