‘Dr, saya tak boleh pakai heels (kasut wanita), sakit kaki nanti’
‘kalau pakai heels, jalan slow’….
Familiar tak dengan statements atau ayat di atas?
Hi dan Assalamualaikum semua. Selamat kembali ke blog saya. By the way, merujuk kembali kepada statements di atas, kalau kita pilih kasut yang salah kemungkinan untuk sakit dan pergerakan jadi perlahan memang akan ada.
Bagi profesional, kasut formal itu perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
1. BERTUMIT (0.5 – 3.5 INCHI)
Ada tips yang boleh kita ambil perhatian semasa memilih kasut formal.
- Ketinggian tumit
Semakin tinggi kasut itu, ia menjadi kurang formal dan tidak sesuai digayakan dalam urusan rasmi. Ini kerana dalam urusan kerja, kita perlu cepat, kemas dan tangkas. Tidak boleh berlenggang – lenggok. Jika tumit itu terlalu tinggi, kemungkinan pergerakan akan lebih perlahan adalah sangat tinggi.
Mesejnya disini adalah kita kurang serius dengan tugasan.
Kenapa kasut perlu bertumit? Kasut flat tiada tumit ini akan membuatkan si pemakai kelihatan kasual dan santai. Bahasa tubuh semasa berjalan juga tidak elegan. Jadi pastikan kasut anda bertumit, sekurang-kurangnya setengah inchi sudah memadai.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/WhatsApp-Image-2020-10-06-at-12.07.44-PM-1024x1024.jpeg)
- Kebesaran tumit
Ini amat penting untuk menampung berat badan agar pergerakan lebih stabil dan kita selesa sepanjang hari di pejabat.
Tips nya adalah, pilih tumit kasut yang besar atau lebar (chunky heels) sekiranya saiz badan lebih besar. Chucky heels ini ada pelbagai bentuk. Bentuk con, bulat, bersegi.
Semakin besar tumit kasut itu, distribusi berat ke atas tumit kaki akan lebih baik dan pastinya kaki tidak akan sakit lagi. Tumit kasut yang halus runcing sesuai untuk individu bersaiz kecil. Kita ada pilihan. Pastikan kasut yang dipilih sesuai dengan saiz badan.
Ada yang tanya,” Dr Ann kalau wedges atau jenis platform boleh ke?” Saya jawab, boleh pakai. Sebab selesa kan. Tinggi dan sokongannya penuh sebab tumit jenis rata. Namun ia bukan dalam kategori kasut formal untuk ke pejabat.
BACA JUGA: Tips rutin penjagaan kulit
Tips ini akan ajar anda cara bagaimana nak menjaga kulit muka, rutin yang sebetulnya.
2. KASUT WANITA BERTUTUP DI HADAPAN
Jari kaki perlu tertutup dalam acara rasmi. Terbuka di belakang dan bertali dibolehkan. Namun, kasut yang terbuka di hadapan di kategori kan sebagai kurang formal. So pastikan anda memilih kasut jenis tertutup untuk majlis atau acara rasmi setting profesional.
![kasut wanita](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/artikel-poster-kasut-2-1024x682.jpg)
3.SEWARNA DAN CORAK YANG MINIMA
Untuk profesional, pastikan anda memilih kasut wanita yang sewarna dan mempunyai corak minima jika memilih untuk memakai kasut yang bercorak. Semakin kurang corak semakin profesional.
Berdasarkan pengalaman ada klien saya yang melakukan kerja lapangan diluar atau perlu ke makmal atau mungkin perlu melakukan rondaan di wad hospital. Cadangan saya ialah Cikpuan semua boleh sediakan 2 kasut di pejabat. Anda boleh simpan di bilik atau di bawah meja.
- Contoh situasi: Apabila kita perlu banyak berjalan di sebelah pagi pilih kasut yang lebih rendah (0.5—1 inchi).
- Kemudian petang dalam mesyuarat atau perlu berjumpa dengan klien atau pihak atasan, kita boleh tukar terus kasut di bilik kepada yang lebih tinggi (2 inchi – 2.5 inchi)
Pemakaian kasut wanita bertumit ini akan membuatkan si pemakai kelihatan elegan. Gaya berjalan juga automatis memberi mesej berkarisma. Sebab itu ia di kategorikan sebagai formal.
Cikpuan semua belajar sesuatu dari perkongsian saya hari ini? Jika ya jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain ya. Jumpa kita di artikel yang seterunsya. Klik pada gambar dibawah atau imbas QR code untuk follow dan ikuti saya di social media. Terima Kasih Cikpuan semua.