Hi semua. Hari ini saya nak kongsikan tentang tips rutin penjagaan kulit. Tidak kira lelaki atau wanita, penjagaan kulit muka sangat penting. Saya masih ingat lagi mama saya, beliau pesan, kulit ni kena jaga dari awal. Dari muda.
Mama selalu bagi contoh makcik saya, Che Ni.. “tengok kulit muka Che Ni cantik sebab dari muda Che Ni jaga.. Jangan malas Ann“
Masa tu saya di sekolah menengah lagi. Balik cuti mesti akan buat rutin sapu tomato. Letak telur sebagai masker. Ada yang macam saya dulu? hehe
Kemudian, apabila masuk Universiti Malaya, mama belikan set Clean and Clear di Guardian. Ada pencuci, toner dan pelembap. Hari-hari saya buat rutin membersih muka tanpa culas.
Bila habis belajar, saya terus dapat biasiswa tenaga pengajar muda UiTM untuk sambung pengajian master Physiology di UKM. Sambil tu saya buat part time mengajar tuition. Duit tu la saya mula beli set yang lengkap bermula facial wash, toner, serum, moisturizer, eye cream, sun screen.
![kulit wanita](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/artikel-poster-sk2-1024x682.jpg)
Dan kerana serasi saya telah menggunakan produk ini sudah hampir 12 tahun. Ada yang kata banyaknya nak apply. Ia tidak remeh kalau tahu keperluan setiap satu.
Perlu ke step by step ni? Perlu kalau kita mahukan result yang maksimum.
Penuaan tidak tunggu usia 50an, aging bermula di peringkat 20an lagi kalau kita tidak jaga kulit wajah kita dengan baik.
![kulit](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/WhatsApp-Image-2020-10-06-at-12.07.44-PM-1-1024x1024.jpeg)
Aturannya adalah seperti berikut:
1.Cleanser
Untuk membersihkan wajah dari segala kotoran
2.Toner
Selepas bersih, kita perlu letakkan toner untuk kembalikan pH kulit selepas membersih tadi. Selain daripada itu, pemakaian toner akan menyediakan kulit untuk membuat penyerapan yang lebih baik bagi aplikasi seterusnya.
Anda boleh cuba, apply moisturizer ‘dengan‘ dan ‘tanpa‘ toner. Pasti akan rasa perbezaannya.
3.Serum
Ok sekarang kulit dah ready untuk treatment. Serum ini dipakai mengikut area of concerns, contohnya kawasan kusam, jerawat, jeragat atau kedutan. Kebiasannya serum ini mempunyai formula yang pekat. Tujuan untuk merawat. Sebab itu ia perlu dipakai pada lapisan paling awal supaya ia akan menyerap terus ke dalam kulit.
Elakkan tergesa-gesa. Pastikan sepenuhnya menyerap barulah apply moisturizer.
4. Moisturizer
Pelembap ini amat penting untuk memastikan kulit wajah kita tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Kulit yang tidak seimbang mengundang jerawat dan kedutan. Garis-garis halus terserlah. Muka kelihatan kusam dan tidak sekata.
5. Sunscreen
Ini wajib bagi saya. Tak lengkap rutin penjagaan wajah tanpa aplikasi sunscreen. Walaupun hari mendung, walaupun kita tidak kena panas hanya duduk di dalam pejabat. Sunscreen on baru keluar rumah. Nanti saya akan ceritakan penting nya penggunaan suncreen ya.
Ramai yang tanya, “Dr pakai apa? Makan apa? Apa rahsia kulit saya?”
Tiada rahsia. Cuma rutin harian ini dari remaja.
Selalu saya kongsikan dengan klien image dan pelajar saya penjagaan wajah bukan terletak pada jenama. Kulit setiap individu berbeza. Paling penting ia sesuai dengan kulit kita.
Kuncinya:
1. Pilih produk yang SERASI
(rujuk pakar untuk tahu produk yang sesuai dengan kulit wajah)
2. KONSISTENSI dalam penjagaan dan cuci
Skincare is essential, makeup is a choice. Makeup hasilnya instant, tetapi healthy skin perlukan commitment dan investment (masa) dan insya Allah berbaloi.
Terima Kasih kerana sudi membaca artikel dan perkongsian rutin penjagaan wajah. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Ikuti saya di media sosial untuk lebih banyak tips dan perkongsian dari saya. Klik pada gambar