Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak berkongsi satu tips dan panduan untuk anda sebelum memilih sesuatu pakaian sebelum ke majlis atau apa – apa event sekalipun. Semoga artikel ini membantu anda selepas ini. Jom, selamat membaca!

Dalam artikel ini, saya akan terangkan dalam bentuk akronim supaya anda mudah ingat, jelas dan faham apa yang cuba saya sampaikan. Sebelum nak memilih pakaian, ikutlah TOP. Anda perlu mengenalpasti terlebih dahulu apah mesej yagn anda mahu sampaikan pada hari tu. Adakah anda mahu kelihatan konfiden, ramah, disenangi? Atau anda mahu kelihatan berjaya, kredibel, atau incharge? Anda setuju tak jika saya katakan, walaupun kita berjumpa dengan orang yang sama, dalam acara berbeza mesej yang perlu di sampaikan adalah berbeza.

Sebagai contoh rakan sekerja kita menjemput kita untuk menghadiri majlis hari jadi anaknya pada hari minggu yang akan di jalankan di sebuah restauran. Apakah mesej yang anda patut pamerkan? Ya betul, perlu kelihatan santai dan approchable kan. Jadi kita tidak boleh pakai baju pejabat dan bertali leher kerana nanti kita akan kelihatan formal dan serius.


T ialah TIME

Akronim T disini bermaksud ‘Time‘. Anda harus pastikan pemakaian kita disesuaikan dengan waktu. Contoh ialah majlis dan program berlangsung di waktu siang, malam dan sebagainya. Dari situ anda dapat kenalpasti pakaian yang sesuai mengikut waktu.

O ialah OCCASION

O ialah ‘occasion‘. Apakah majlis yang kita hadiri? adakah Majlis Hari jadi? Makan malam, Minum petang (Hi tea) dan sebagainya? Apa pula tema majlis tersebut? Maka berpakaianlah mengikut majlis yang kita hadiri. Mudahkan?

P ialah PLACED

Dan yang terakhir ialah O iaitu bermaksud ‘place’. Dimanakah tempat majlis itu berlangsung. Contoh di Hotel, di tepi pantai atau mungkin di taman bunga atau taman permainan di tepi tasik. Pilihlah pakaian yang sesuai mengikut tempat sesuatu majlis itu berlangsung.

Mudahkan untuk ingat? TOP sebelum anda membuat pilihan pakaian. Semoga artikel ini membantu anda untuk memeilih pakaian apa selepas ini. Terima Kasih

Nak baca artikel – artikel best yang lain? boleh klik link dibawah ya