Hi semua. Selamat bersua kembali di blog saya. Semoga ceria dan bahagia selalu. Hari ini saya mahu berkongsi tentang 1 etika yang biasa diamalkan dalam urusan rasmi dikalangan profesional dan golongan bisnes iaitu etiket dalam menukar kad bisnes. Semoga bermanfaat ya. Jom baca!
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/4-adab-1024x1024.jpg)
1. Hulur dengan kedua belah tangan
Adab yang pertama yang anda perlu tahu ialah apabila memberi kad bisnes anda, pastikan dihulur menggunakan kedua belah tangan. Elakkan berikan kad bisnes anda dengan menggunakan hanya sebelah tangan sahaja. Ia menunjukkan anda menghormati individu yang sedang berurusan dengan anda.
2. Tetapkan kedudukan Kad mengadap penerima
Apabila menghulurkan kad bisnes anda, pastikan kad yang dihulur boleh terus di baca oleh penerima dengan kata lain kad bisnes anda itu bahagian tulisannya menghadap kepada penerima. Mereka ambil dan boleh terus baca tanpa perlu memusing atau menterbalikkan kad bisnes anda. Boleh faham kan?
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/bisnes-kad-1-1024x669.jpg)
3. Take Time
Jika anda menerima kad bisnes pula, jangan terus simpan. Ambil sedikit masa untuk baca atau meneliti kad bisnes yang diterima. Boleh juga selitkan sedikit ucapan atau sapaan seperti,
‘..Wahh cantik kad, Tuan Aiman dari ABC Catering Sdn Bhd ya, Terima Kasih ya..’
“Oh.. Dr Rizal dari Universiti Malaya ya…”
4. Jangan terus simpan kad
Apabila menerima kad bisnes atau kad nama, jangan terus menyimpannya ke dalam beg kad nama yang baru diterima. Seeloknya kekal terus di tangan atau di meja. Sesudah individu itu berlalu barulah boleh dimasukkan ke dalam beg. Ini adalah salah satu gesture hormat kita kepada pemberi kad dan kita menghargai pemberian kad oleh si pemberi.
Elak sesekali meninggal kan kad yang diterima di atas meja atau membuangkan kad tersebut setelah anda terima. Ini kerana perbuatan itu menggambarkan anda tidak menghargai kenal an baru tersebut.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/06/bisnes-kad-896x1024.jpg)
Semoga anda belajar sesuatu dari perkongsian ini. Jangan ambil mudah walaupun sekadar menghulur atau menerima kad bisnes kerana sedikit slack, mungkin deal atau trust pelanggan / client anda boleh berubah. Terima kasih.
Artikel lain:
sangat memberi pengatahuan
Alhamdulillah Terima Kasih Cikpuan Raziah. Semoga bermanfaat