Suka tidak suka , seseorang yang memiliki penampilan menarik akan dipandang lebih di mata orang lain. Hal ini juga tentu berlaku dalam dunia bisnes serta kerja anda. Di dalam dunia bisnes dan kerja penampilan yang menarik sangat memberi kesan kepada kejayaan. Tidak kira lah sama ada kejayaan kenaikan pangkat atau dalam “close deal” bersama pelanggan.
Kejayaan seperti ini pasti menjadi rebutan ramai orang diluar sana , tapi tidak ramai yang mengambil peduli tentang salah satu faktornya iaitu menjaga penampilan diri.
Jadi pada artikel kali ini saya ingin bongkarkan kepada anda 2 cara bagaimana untuk kelihatan sangat “powerful” yang akhirnya apabila anda bercakap mereka akan menerima idea anda, seterusnya apabila anda menjual mereka akan membeli produk anda tanpa berfikir panjang , dan apabila anda mula memberi arahan insya Allah arahan anda mudah mereka ikuti.
Okay saya nak tanya anda berapa ramai yang dah tak sabar nak tahu 2 cara ini ?
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2022/02/15-min-1024x669.jpg)
Ok very good.
Cara pertama adalah anda perlu “clear message” atau jelaskan apakah mesej yang anda nak bawa atau kelihatan tentang diri anda.
Adakah anda nak orang melihat melihat anda yang sangat berkeyakinan?
Mahu kelihatan dihormati?
Anda ingin kelihatan seperti orang yang sangat Berjaya dalam bidang yang diceburi?
Ingin kelihatan seperti seorang professional?
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2022/02/IMG_0034-min-1024x683.jpg)
Anda wajib menjawab soalan-soalan di atas terlebih dahulu sebelum memakai pakaian yang menarik.
Oleh itu, dengan jelasnya mesej yang anda nak bawa barulah anda mula membuat keputusan pakaian yang bagaimana untuk anda pakai.
Point saya adalah apabila jelasnya mesej anda ia juga akan jelas penampilan diri anda.
Kemudian, cara kedua untuk kelihatan luarbiasa adalah anda perlu mempunyai ilmu mengenai apakah perkara yang boleh anda pakai dan perkara yang tidak boleh anda pakai.
Antara soalan yang anda perlu tanya pada diri anda ialah adakah ianya fesyen atau style?
Topik fesyen atau style ini saya kupas di artikel berikutnya secara lebih spesifik.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2022/02/5-min-1024x669.jpg)
Cuma point saya adalah kita perlu mempunyai ilmu tentang penampilan diri supaya kita dapat bezakan diantara yang boleh dan tidak boleh untuk diri kita.
Semoga bermanfaat. Terima Kasih.
Artikel terkini :-
- Penampilan Diri – Tips Pemilihan Warna Pakaian
- Penampilan Diri – Masih Relevankah di Abad 21 ?
- Langkah Mudah untuk 4 Simpulan Ikatan Tie
- 3 Tips Kelihatan Cantik Di Pagi Raya
- Ciri-ciri Orang Romantik
Ikuti saya di media sosial untuk lebih banyak perkongsian tentang imej dan persona. Imbas QR kod atau tekan pada gambar.
Assalamualaikum Dr Ann. Saya dalam TIC#3. Memang tertunggu2 kelas ini sebagaimana Tn Rizal pernah mention.
Saya ingin sangat nak belajar lebih lanjut.
Walaikumsalam Cik Puan Zakiah, Alhamdulillah terima kasih Cik Puan. InsyaAllah.