Tinggal beberapa hari je lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Segala persiapan sudah dibuat, mesti ramai tak sabar dah nak pakai baju baru. 2 Tahun tak dapat nak beraya, tahun ni mesti beraya sakan la katakan!
Tapi, sebelum tu cuba lihat wajah dicermin. Baju dah cantik, takkan la nak biarkan wajah kusam anda mencacatkan penampilan di pagi raya nanti.
Bila sebut cantik pastinya perkataan ini tidak boleh dipisahkan dengan wanita. Wanita mana saja yang tak nak cantik kan? Semuanya nak cantik , tambah-tambah bila nak sambut hari raya lagi lah nak cantik. Bukan sahaja cantik pakaiannya bahkan cantik wajah dan perhiasannya.
Bila kita sebut tentang penjagaan muka pastinya tidak lari daripada “make-up” yang kita gunakan sebagai alat solek.
Ramai dikalangan para wanita mengadu kepada saya tentang masalah penjagaan muka dimana mereka tidak sempat nak bersiap sangat kerana terkejar-kejar untuk menyiapkan pakaian untuk suami , anak-anak serta masakan pagi Raya di dapur.
Oleh hal demikian, bila tetamu datang beraya di rumah, muka kita pula kelihatan natural sahaja disebabkan kita tidak sempat “make-up” , atau lebih dikenali sebagai “bedroom face”.
Mudah cakap, muka kita ni nampak plain sahaja kerana tidak sempat bersiap bila tetamu datang beraya. Fuh!! Segan betul rasa.
Disebabkan hal ini ramai lah yang bertanya bagaimana solusinya?
“ Dr, boleh bagi tips untuk saya boleh selesaikan urusan bersama suami , anak-anak serta masakan di dapur dan dalam masa yang sama saya juga kelihatan angggun di hari Raya ini? “
Justeru, artikel kali ini saya bawakan khas kepada wanita yang nak anggun bergaya di Hari Raya Aidilfitri ini dengan cara paling simple untuk make-up.
Pastikan baca sampai habis ya.
Saya kongsikan 3 perkara wajib yang perlu ada di wajah anda.
1. Bedak asas
Langkah pertama adalah anda perlu cari compact powder yang sesuai dengan kulit anda. Kerana kulit setiap wanita itu berbeza-beza .Jadi pastikan pilih bedak asas mengikut warna dan jenis kulit yang sesuai dengan anda. Ada wanita yang jenis kulit kering , kulit berminyak dan kulit yang sensitif. Jadi berhati-hati dalam pemilihan ini ya.
2. Eyeliner
Menurut beberapa kajian dikatakan setelah musim covid ini berlaku , trend solekan mata adalah trend yang terhangat . Ini kerana ramai orang memakai pelitup mulut dan bahagian solekan di muka agak terhad tetapi ada sebagain orang yang mementingkan solekan , mata juga perlu disolek dengan rapi. Jadi mereka memilih untuk memakai eyeliner supaya mata mereka kelihatan lebih cantik dan jelita. Eyeliner ni penting tau, kerana ia seperti bingkai (frame) kepada gambar mata kita. Olesan eyeliner akan menonjolkan kecantikan mata dan menjadi main attraction di wajah.
3. Lipstick
Lipstick adalah alat solek yang wajib bagi wanita terutama yang mempunyai kulit bibir yang kering. Jika dibiarkan pasti kelihatan kusam dan tidak bermaya.Untuk pemilihan lipstick ini pastikan anda memilih mengikut warna kulit bibir anda . Ini sangat penting supaya anda tidak kelihatan tidak terlampau kusam atau terlampau berlebihan. Biar ianya sekata sahaja.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua, semoga bermanfaat.
Recent Comments