Hari ini jom kita sama-sama mengenali ciri-ciri atau personaliti orang C iaitu orang-orang yang romantik .
Pada artikel sebelum ini saya sudah menerangkan ciri-ciri orang A dan orang-orang B manakala artikel kali ini kita akan membincangkan secara lebih spesifik apakah ciri-ciri orang C dimana jika anda mengenali personaliti ini , anda akan dapat memahami tentang diri anda.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2022/04/romantis-1-min.jpg)
Jika anda dapat mengenali diri anda , anda juga akan dapat mengenali ciri-ciri atau personaliti orang di sekeliling anda sama ada customer atau klien anda.
Justeru, semakin anda mengenali mereka semakin mudah untuk anda mempengaruhi mereka dengan cara mereka suka dan akhirnya membuatkan mereka percaya serta menerima anda dalam kehidupan mereka.
Oleh itu, berapa ramai yang dah tak sabar nak tahu apakah ciri-ciri orang romantik ini?
Orang-orang C ini biasanya mereka sangat menyukai ketelitian atau “detailing”. Orang C ini juga dikategorikan sebagai orang yang suka melawa dimana mereka akan sentiasa up to date dengan trend semasa.
Misalnya mereka kerap melihat dan selalu bertanya apakah baju , seluar atau tudung serta pakaian semasa yang mengikut trend?
Orang romantik ini juga suka kepada warna pastel. Mereka tidak sama dengan orang klasik yang sukakan warna neutral.
Orang-orang yang romantik ini jika mereka berlebihan dalam melawa akan ada kesan yang negatif terhadap dirinya. Kesan negatif jika terlebih melawa adalah dia akan kelihatan kurang kredibiliti.
Antara cara untuk mempengaruhi orang yang romantik ini adalah dengan memuji mereka seperti mengatakan mereka cantik atau kacak. Mereka sangat suka mendengar perkataan tersebut.
Jadi Tuan-tuan dan Cikpuan yang membaca artikel ini selepas in anda sudah boleh menentukan siapakah diri anda?
Semoga membantu anda dan bermanfaat. Terima Kasih.
Recent Comments