Penampilan diri merupakan aset yang tidak ternilai bagi seseorang. Ianya mampu memberikan impak positif dalam urusan seharian. Ini kerana penampilan yang menawan mampu mengubah situasi dalam keadaan tertentu.

Selain itu, penampilan yang baik juga dapat menaikkan keyakinan diri dan seterusnya mampu mempengaruhi komunikasi anda.

Ketika berkomunikasi, 55% penilaian seseorang akan terletak pada visual atau lebih mudah apa yang dilihat oleh mata kasar. Ini termasuklah ekpresi wajah dan cara berpakaian.

Justeru itu, penampilan yang baik memberi impak yang besar jika anda berada dalam situasi penting seperti temuduga, mesyuarat dan pembentangan perniagaan.

Oleh itu, menjaga penampilan diri supaya kelihatan kemas dan bersesuaian pada situasi merupakan perkara yang perlu dititikberatkan. Antara perkara yang paling penting dalam penampilan ialah pemilihan warna pakaian.

Warna pakaian yang sesuai dapat membuatkan anda kelihatan menyerlah dan berwibawa.

Tips Pemilihan Warna Pakaian

Tona warna kulit terbahagi kepada dua iaitu tona warna sejuk dan tona warna panas. Jenis warna tona kulit anda boleh dikenalpasti dengan bantuan pakar perunding imej yang bertauliah. Anda juga boleh merujuk panduan yang telah kami siarkan di sini:

Adalah sangat penting bagi mengetahui tona warna yang sesuai. Ini kerana warna boleh memberi impak yang besar kepada penampilan anda. Tona warna boleh menyerlahkan penampilan anda atau sebaliknya.

“..Ingat, tidak semua warna sesuai dengan warna kulit kita..”
(Sumber gambar dari https://www.xtra.com.my/oh-lawa/tip-pemilihan-warna-busana-mengikut-tona-kulit-anda/)

Pemilihan warna pakaian yang tidak kena dengan tona warna kulit anda boleh membuatkan anda kelihatan tidak bermaya, kusam dan sekaligus menjejaskan imej anda.

Mengenakan tona yang tidak sesuai akan membuatkan anda kelihatan tidak menyerlah. Tiada maknanya walau secantik mana pun pakaian yang dikenakan, jika warnanya tidak sesuai dengan tona kulit.

Penggunaan warna pakaian yang bersesuaian dengan keadaan akan membuatkan anda berjaya menonjolkan kredibiliti dan seterusnya tampil berkeyakinan

Telegram Channel Dr Ann
Jom sertai Channel Telegram Dr Ann. Banyak perkongsian menarik berkenaan sains dalam persona (etiket & penampilan), kesihatan dan motivasi kehidupan yang bakal dikongsikan.