Hi dan salam ceria semua. Hari ini saya nak berkongsi artikel untuk para ‘gentleman‘ berkaitan etika melipat lengan baju dengan betul dan kemas. Aktiviti melipas lengan baju ini biasa berlaku apabila hendak makan dan hendak pulang bekerja. Tapi bagaimana cara yang betul? Ikuti kisah saya dibawah..
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/3-langkah-melipat-lengam.jpg)
Satu hari saya dapat satu DM. Soalannya berbunyi begini, ‘Dr, ada cara tertentu ke nak lipat lengan baju?’
Saya agak impressed kerana jarang saya dapat soalan sebegini rupa. Saya dapat rasakan yang bertanya ini amat teliti dan mengambil berat soal penampilan beliau. Lebih saya kagum soalan ini bukan datang dari kaum ibu, tetapi dari seorang bapa.
Mungkin ada yang kata, lipat lengan baju je kot. Kan senang gulung-gulung ke atas jela dan siap.
Hari ni saya mahu kongsikan tips lipatan lengan baju yang kemas dan dapat menyerlahkan penampilan anda. Langkah – langkahnya ialah seperti berikut :
1. Buka butang lengan kemeja anda. Kameja biasanya mempunyai dua butang, dibahagian lembut dan keras dihujung. Buka kedua-duanya sekali.
2. Kemudian lipat lengan baju dua kali kelebaran pergelangan lengan baju.
3. Dan seterusnya, lipatkan lengan baju sekali lagi. Haaaa.. ini tips paling penting, biarkan hujung pergelangan tangan kemeja anda terdedah sedikit (lebih kurang 1 cm)
Mesti ada yang tertanya kenapa dibiarkan kelihatan 1 cm? Ini dipanggil bonus. Jenis lipatan itu memberi visual seni ketelitian pada lipatan lengan. Nampak simple bukan? tapi ada seni dan maknanya.
Anda perasan tak, sesetengah kemeja, bahagian dalam hujung kemeja itu mempunyai corak yang berlainan dengan corak material kemeja itu sendiri. Jadi walaupun anda melipat lengan tersebut, ia masih memberi markah visual perincian tambahan kepada gaya anda.
Maka, selepas ini sekiranya anda ingin mendapatkan kemeja yang baru, pastikan pilih hujung lengan bahagian dalam yang mempunyai sedikit corak berlainan. Ia memberi perbezaan.
![](https://drannshafeera.com.my/wp-content/uploads/2020/10/lipat-lengan-1-820x1024.jpg)
Tahniah kepada bapa yang bertanya. Saya percaya beliau bukan hanya pentingkan gaya peribadi tetapi beliau cakna apa yang hendak dipakai kerana ada mata kecil yang memerhati. Ini kerana bapa adalah suri teladan anak lelaki di rumah.
Terima Kasih dan semoga bermanfaat. Mungkin anda meminati artikel-artikel saya yang lain, boleh baca dibawah ini.
Recent Comments